Wednesday, June 3, 2009

...howwwzattt... meronggenglah kita...



Maka diceduklah, dirompaklah, dipotong-tampallah, dirembatlah, diplagiatlah ceritera ini dari laman abang Tukar Tiub kita...


AL-KESAH TERSEBUTLAH CERITERA ITU DITERUSKAN LAGI...

Maka mengikut kata tuan yang empunya ceritera Tun Bodek pun duduklah dikelilingi para juak-juaknya. Ada yang bersila di atas tilam pandak. Ada yang bersandar di tepi dinding. Ada yang mencangkong memasang lukah. Ada yang berseluar pendek berbaju singlet. Ada memakai sarong bertampal songket.Ada yang mengobek sireh mengunyah pinang. Ada yang menggulung daun membakar bara. Semuanya duduk melangok menunggu Tun Bodek membuka mulut.

Telah didengari oleh para juak betapa ayam sabung Tok Rayat berkokok ke hulu berkokok ke hilir. Seperti halilintar memecah bumi.Maka Tun Bodek pun bersuaralah menyampai berita perihal ayam Datuk Seri Menggeliga tidak bersabung. Mengikut tuan mempunya mulut adalah diberitahu bukan kalah bukannya takut. Menjadi kiasan empunya sebab Datuk Seri ingin ke darat mencari damar, manau dan rotan. Maka menangislah para juak. Berderai air mata sedih mendengar berita menyayat hati memilu kalbu.

Lalu para juak pun berbincanglah mencari akal menguji diri. Jika Datuk Seri tidak menyabung maka tiada berkenduri kendara serata kampong. Tidak ada kerbau yang rebah ke tanah. Tidak ada ayam dan lemang untuk diratah. Tidak ada kepala kambing naik ke anjung. Maka para juak pun menangislah kerana anak dirumah tidak bersusu. Isteri si dapor merendam batu. Fulus lari hutang bertapuk. Janda menghilang entah ke mana.

Fikir punya fikir maka timbullah akal onar yang jahat. Semua difikir semua di rancang untuk memalukan To Rayat biar diketawakan orang seantero negeri ayamnya bersabung saorang diri. Maka lalu dicadangkan agar kampong di kosong. Agar pekan dikotori biar Tok Rayat tercegat seorang diri tanpa penyokong tanpa pengundi.

Ada juak mencadang agar di tangkap saja ayam Tok Rayat. Ada juak mencadang di panggil geruda melanggar kampong. Ada juak mencadang di tutup sebelah matahari akan kampong gelap gelita. Ada juak mencadang agar Tok Bomoh dipanggil memberi fatwa. Fatwa disebar menyabong ayam lemahkan tenaga batin. Ada juak yang mencadang agar ribut taufan diturunkan hendaknya takutlah orang kampong turun ke pekan melihat pesta sabung.

Adalah dibelakang semua akal ini ada niat yang busuk lagi terancang agar para juak terus memukul canang. Agar para juak tidak hilang tugas dan kerja. Agar lembu akan rebah. Agar kenduri tidak sudah-sudah. Agar fulus masuk mencurah. Onar ini memaksa Datuk Seri membuka peti besi mengeluar emas dan perak untuk para juak membuat angkara.

Maka sebulat sekepala. Diterimalah akal agar kampong di kosongkan. Diterimalah onar agar pekan dikotorkan. Lalu juak juak dan Tun Bodek memikir jalan terbaik. Jalan tercantik agar Tok Rayat dimalukan. Agar rancangan Tok Rayat hendak menyabung dan mengundi di Bukit Lanjan akan putus di tengah jalan. Telah di dengar dan dirisik tentang ayam sabung Tok Rayat telah sedia di carik untuk bertempur menyabung balik.

Maka juak cawangan pun bersuaralah. Adalah mengikut yang empunya ceritera maka sebulat suaralah para juak dan di persetujui Tun Bodek agar semua orang orang kampong akan di ajak pergi bercempera bersama gundek gundek Siam di hari menyabong. Maka di harap harapkan akan kosong seluruh kampong. Maka di harap-harapkan tidak seorang pun datang menyokong.

Adalah menjadi niat dan rancang agar emas dan perak akan di datangi secepat mungkin untuk menempah gajah dan kuda. Menjadilah tugas Tun Bodek untuk menyampai berita kepada Datuk Seri memastikan fulus akan masuk ke saku juak juak cawangan. Inilah kerja-kerja juak cawangan mengumpul orang untuk ke Siam. Adalah tugas juak juak jika sepuluh orang dikumpul maka lima puluh yang akan di lapor.

Maka Tun Bodek pula akan bergegas melapor seratus orang kampong telah pula dikumpul. Di serambi Datuk Seri Menggeliga angka ditambah lagi sehingga sepuluh ribu ianya menjadi. Maka keluarlah emas dan perak dari peti besi. Mengikut tuan yang empunya ceritera inilah kerjanya juak juak cawangan setiap kali pesta menyabung. Mereka mengumpul fulus membuat duit menabur jasa sebesar kampit.

Lalu disebarkan berita tentang gundek Siam berkopek besar sedang menjadi rebutan sekelian alam. Cerita gundek Siam ini mula menjalar dari mulut ke mulut. Dari rumah ke rumah. Orang kampong berlabon dan bergebang. Cerita makin ditambah. Cerita makin berubah. Kini ceritera mula di dengar tentang kopek gundek Siam yang boleh terbang melayang-layang ke pangkuan setiap abang.

Maka gembiralah jantan dan betina. Ingin melihat gundek Siam bogel tanpa celana. Maka beraturlah dan berbaris orang kampong ingin mendaftar untuk bergajah dan berkuda menyeberang sempadan untuk bercempera. Tiadalah lah seorang pun di kampong yang tidak berbaris. Berasak-asak berpusu pusu. Tidak sabar dan tidak sopan semua ingin dibaris hadapan.
Menurut kesah yang empunya cerita yang tinggal seorang hanyalah Dol Air Batu. Sebatang kara tegak berdiri memikir nasib anak dan bini. Meleleh air mata bersedih hati memendam rasa. Kecewalah hati di pesta menyabung tidak ada orang berkampong. Loceng di bunyi tiada pendengar. Suara bersorak tidak bersambut. Meloceng ke hulu meloceng ke hilir tidak seorang pun datang mendengar semua sedang berbaris untuk menempah ke sempadan.

Maka termenunglah Dol Air Batu membuka akal mencari jalan agar jualannya tidak dialahkan oleh gundek dari Sempadan. Berfikir dan termenung maka cerahlah mukanya. Maka melebarlah senyumnya. Maka loceng pun digoyang tanda hati telah gembira. Telah ditemui jalan selamat yang menjamin rezekinya berlipat ganda.Esoknya hari menyabung hari mengundi malamnya bekerja keraslah Dol Air Batu hingga ke dini hari. Seorang dirinya memaku dan mengetuk. Bangsal dibuat pentas didiri. Tabir dianyam lantai di atur. Peluh mencurah letih bukan kepalang. Hampir subuh semua selesai. Di padang sawah luas melebar sebuah panggung tegak berdiri. Sepanduk terapasang poster tercacak.

Fajar menyingseng tabuh dipalu. Orang kampung mula berbaris. Menunggu kuda menunggu gajah untuk melintasi ke sempadan. Lidah terjelir air liur meleleh terbayangkan gundek Siam yang empunya kopek.

Tiba-tiba Dol Air Batu mengoyang loceng. Seluruh kampong melihat angkara. Maka terserlah sepanduk besar. Tercacak tinggi poster melintang. Orang kampong datang berpusu pusu ingin melihat nak ambil tahu. Barisan pun pecahlah. Kuda lari bertempiaran. Gajah lari masuk ke hutan. Orang berpusu datang mendengar. Loceng digoyang semakin membingar. Di atas pentas tecongok berdiri si Minah Ronggeng sedang menari. Inilah tarikan seantero negeri lebih hebat dari semua bidadari. Kopek Siam telah dilupakan pergi. Minah Ronggeng berpunggung besar. Goyang ke kiri goyang ke kanan. Loceng berbunyi orang bertepuk. Joget bermula rebana diketuk. Pesta menyabung telah bermula.

Pecahlah berita si Minah Ronggeng. Tun Bodek datang berlari lari. Melihat rancangan berkecai tak terperi. Juak juak yang mendapat fulus mula menghilang diri. Berita pun sampai lah kepada Datuk Seri. Dia pun bergesa melihat orang kampong sakan berjoget dan menari.

Sesampai Datuk Seri di tepi pentas Dol Air Batu pun bersorak sorai. Sambil mengoyangkan locengnaya Dol Air Batu melaungkan ‘ ais skrim baru.. ais krim mangnolia.. ais krim magnolia…air skrim mongolia…’

Maka jatuh pengsanlah Datuk Seri.Sehingga ceritera ini di surahkan Datuk Seri masih lagi terkapar pengsan. Tiada seorang pun ambil peduli kerana Minah Ronggeng sedang mengoyangkan punggung menari. (TT)

Tuesday, June 2, 2009

...howwwzattt... air disaster...


A general blueprint for the A330 similar to the ill fated Air France

By MARCO SIBAJA, Associated Press Writer Marco Sibaja, Associated Press Writer – 18 mins ago

BRASILIA, Brazil – An airplane seat, a life jacket, metallic debris and signs of fuel were found in the middle of the Atlantic Ocean on Tuesday by Brazilian military pilots searching for a missing Air France airliner.

The debris was spotted from the air about 410 miles (650 kilometers) north of the Brazilian island of Fernando de Noronha, roughly along the path that the jet was taking before it disappeared with 228 people on board, said Air Force spokesman Jorge Amaral. more here

As of now the debris were believed to belong to the Air France which were mysteriously went missing earlier for the flight bound from Rio de Jeneiro to Paris. It carries 228 passengers as well the cabin and technical crews.

An automatic message sent from the plane just before it disappeared said that the plane was losing pressure and had experienced an electrical failure and chances for any survivors are very remote.

I wrote something about air safety earlier here. In the meantime, something had happened in Subang early this morning.

Sunday, May 31, 2009

...howwwzattt... demolition went awry pt. 2...


Ground Zero: 3 excavators that been working inside the building

AFTERSHOCKS! Building had NO approval for demolition... and more shocks
So many stunning revelations



MalayMail - Friday, May 29th, 2009 08:09:00

GROUND ZERO: The state of the former Jaya Supermarket building after it collapsed on itself yesterday. Note the three machines — they had been at work on the building.

SHOCKING: The Department of Occupational Safety and Health (DOSH) has revealed that NO approval was given for the demolition of Jaya Shopping Centre, the former popular lifestyle centre in the busy commercial enclave of Section 14, Petaling Jaya.

SHOCKING: The demolition contractor had been nibbling away at the collapsed section of the 10-storey abandoned tower with long-reach excavators over the past week.

SHOCKING: The building might have collapsed because it was overloaded with heavy machinery. Eight excavators were inside, one of which still had its engine running.

SHOCKING: Explosives are believed to have been used over the past week, with residents claiming they heard “booming” sounds.

SHOCKING: The core demolition work was to have started at 6pm yesterday — but no one was aware of the method that was to have been used.

SHOCKING: Experts suspect no preventive measures were undertaken to ensure that the building did not collapse or become dangerous due to the effects of vibration, wind or other activity. more here

Now it was confirmed 7 lives were lost during the incident. Hmm... I wouldn't call it an incident, in fact it would've never been happen if the related parties exercised extra care and follow the right guidelines when doing the demolition involving congested areas.

In the news bulletin last night it was mention that several homes had to be vacated because it was unsafe hence affected by the event. Who's to blame, who's to compensate the owners?

The newscaster also mentioned about no local were killed or injured from the calamity apart from 9 Indonesians who were doing some works inside the building.

The way he said it what I can interpret was; we can go easy now since no locals were involved. What craps are talking about now? Do you mean foreigner lives have no value here (except for all the Mat Saleh kot...)?

Friday, May 29, 2009

...howwwzattt... demolition went awry...




"Petaling Jaya, 28 May - Two workers were killed and five others are still trapped when Jaya Supermarket in Section 14, a Petaling Jaya icon being torn down for redevelopment collapsed during demolition works that went awry in the busy commercial district." more here

Went awry? What a fucking way to say when you messed up with your work. How could suppose a control demolition went awry? Did they used explosive or did they used this huge steel ball in performing the task. A control demolition should be left to the expert only. Did they not know such term as a calculated risks?

Now lives were taken. You cannot claimed it as an act of God. Such blunders were an act of men, total ignorance I say. It's a shame when we can built huge and long tunnel under the city where the work was even featured in the Discovery Channels not long ago, we can built the tallest tower in the world (at that time); not one but two side by side. And now, this calamity happened.

By the way, did our JKR have any expertise in demolishing any unwanted building? As usual, this warrants for a Royal Commission to be set up.

Friday, May 22, 2009

...howwwzattt... made in china...


This was taken from MAS Engineering Portal.

May 18, 2009
The first Airbus plane assembled outside Europe made a successful four-hour maiden flight in China on Monday, EADS said.

Airbus began assembling some A320 jets in Tianjin near Beijing in September from fuselage parts shipped from Europe, increasing its presence in the world's fastest growing markets for large aircraft.

"This A320 assembled in China unquestionably demonstrated the same quality and performance as those assembled and delivered in Hamburg or Toulouse," Fernando Alonso, senior vice president at Airbus, said in a statement.

Airbus aims to reach output of four A320s a month in China by the end of 2011. Airbus has estimated that China would need more than 3,000 large aircraft between 2006 and 2025, including 180 super jumbo passenger planes.

The first aircraft will be delivered to Dragon Aviation Leasing in June and be operated by China's Sichuan Airlines.

Chinese firms have ordered more than 700 aircraft from Airbus, the majority of which are from the A320 family of planes, it said.

Airbus and US rival Boeing have been turning to Asian markets, led by China, for growth as demand weakens at home.

But Airbus faces criticism from European unions who say the move adds to outsourcing fears amid the recession and could result in the loss of European technology to a potential jet-making rival.

Beijing may need an estimated USD$30 billion to realise an ambitious goal to manufacture passenger jets with more than 150 seats and freighters capable of handling more than 100 tonnes of cargo to take on Boeing and Airbus by 2014.

(Reuters)