SEORANG lelaki Singapura berusia 58 tahun meninggal dunia, dikatakan ketika mengadakan hubungan seks dengan seorang janda di sebuah hotel murah di Batam Rabu lalu.
Kematian lelaki yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak itu dikatakan berpunca daripada ubat kuat berjenama Urat Madu yang diambilnya sebelum melakukan hubungan seks itu.
Kematian beliau disahkan seorang pegawai penyiasat kanan Polis Kota Besar Batam-Rembang-Galang (Poltabes Barelang) ketika dihubungi menerusi satu panggilan jauh semalam.
Pegawai yang dikenali sebagai Pak Leo itu mengesahkan bahawa untuk tujuan siasatan punca kematian lelaki tersebut adalah ‘akibat serangan jantung’.
Wanita yang dikenali sebagai Mislani alias Upik, 38 tahun, itu janda anak empat asal Jambi, Sumatera.
Mislani mendakwa mengenali lelaki yang disifatkan beliau sebagai kekasihnya itu sejak 7 Februari lalu.
Dalam laporan beliau kepada polis, Mislani mendakwa beliau menjemput lelaki itu di pelabuhan Harbour Bay Batu Ampar pada 7 pagi waktu Batam, iaitu 8 pagi waktu Malaysia.
Allahyarham kelihatan segar bugar ketika tiba di pulau yang pernah diberi julukan ‘Bila Anda Tiba Anda Menyesal’ itu.
Dari situ mereka menaiki ojek, iaitu teksi motosikal, menuju ke Hotel Sekawan di Nagoya.
Dalam perjalanan, Allahyarham telah menukar (Dollar Singapura) 150 kepada wang rupiah dan membeli jamu Urat Madu dalam bentuk kapsul, dakwa janda tersebut.
Dalam bilik hotel, Allahyarham dikatakan menelan kapsul jamu itu sebelum melakukan seks dengan Mislani.
‘Waktu lagi berhubungan, tiba-tiba dia mengeluh dadanya sakit. Tak berapa lama dia rebah. Suaranya seperti orang sedang menggorok,’ kata Mislani dalam satu laporan di sini.
Source: Batam Post
4 comments:
padan muka..jumpa kamu di neraka
woitttt bukan jumpa gua tau. jumpa mamat yang tombang atas perut tu. ehhh... lu tau ke lu nak pegi neraka kohkohkoh...
dgn apa yg aku ada sekarang mcm pegi neraka aje..ko mcm mana? kalau aku pegi neraka engko otomatik aje la kan kohkohkoh
cehhhh cilakak hang. sedap jer kata aku otomatik pi sana. tapi kalau hang nak lepas, hang kena cari member get members, nanti ringan sikit hukuman hahahaha...
Post a Comment